BOLA SEPAK 9 SEBELAH

Monday, 1 August 2011


Bola sepak 9 sebelah diadakan dalam bentuk pertandingan dan penyertaannya terhad kepada 64 kumpulan dan terbuka kepada lelaki sahaja serta mempunyai tiga kategori iaitu :
  Bawah 18, Senior , dan vateren

Pertandingan ini diadakan selama  dua hari. Hari pertama iaitu pada hari sabtu untuk peringkat kumpulan manakala pada hari ahad bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.bagi peringkat kumpulan manakala sesi kedua adalah bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.


MAKLUMAT PENTING!!!
1.Bagi kategori Bawah 18 dan Vateren, penyertaan hanya terbuka 
  kepada 16 pasukan
2.Bagi kategori Senior penyertaan terbuka kepada 32 pasukan

Penyertaan adalah terbuka (OPEN) kepada semua!!

eXpLoRaCe uKm

           
Explorace UKM merupakan salah satu acara yang akan dianjurkan oleh sekretariat sukan dan rekreasi dengan kerjasama pusat sukan Universiti Kebangsaan Malaysia bersempena Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-39 di mana ia akan berlangsung pada tarikh 25 September 2011 selama 5 jam iaitu bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 1 petang, Insya-Allah...=) ADA 12 CHECKPOINT K!!

Pelbagai modul menarik yang mencabar minda, kepantasan, keberanian, dan sebagainya dalam membuat keputusan dengan menggunakan pemikiran yang kritikal dan kreatif dalam "mengejar impian yang satu" sesuai dengan tema bagi Explorace UKM ini. setiap kumpulan perlu membayar RM60 bagi setiap kumpulan sebagai yuran pendaftaran.

Tiada yang dapat menggembirakan hati para peserta setelah pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh mereka melainkan hadiah-hadiah seperti berikut :

Tempat pertama   : RM300 + hamper + MEDAL
Tempat kedua      : RM200 + hamper + MEDAL
Tempat Ketiga     : RM150 + hamper + MEDAL
Tempat Keempat : RM100

Jangan risauuu...Insya-Allah pihak kami akan sediakan sijil bagi acara ini =)

haa....maSak jangan Tak maSak!!!! :P


 Lawa Tak????


 <3 <3 <3 setelah penat lelah bersama =)


nak makan tak????? =))))


 Ramai2 baru sOnOk :P

1 MALAYSIA......sumenye adewww =)


*p/s : 1 kumpulan 6 orang (max)
        : sesiapa yang ingin menyertai acara ini perlulah sihat dari penyakit yang boleh membahayakan nyawa     anda seperti penyakit kritikal (asma, lemah jantung, sakit jantung, penyakit yang melibatkan jantung, darah tinggi, dll ) - pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kecemasan disebabkan penyakit kritikal seperti di atas kerana pihak kami telah meletakkannya sebagai syarat pertandingan bagi Explorace UKM ini.

TERBARU !!!! ACARA INI BOLEH DISERTAI OLEH SESIAPA SAHAJA YANG BERUMUR 16 TAHUN KE ATAS !!! jangan ketinggalan~~~~

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI SAYA OK?? =)

NURANITA BINTI SURI : 017-6233543

PERTUNJUKAN HELIKOPTER KAWALAN JAUH

Sunday, 31 July 2011




25 SEPTEMBER 2011
5.00 PTG - 7.00 PTG
STADIUM UKM
PIC : DALILA BINTI MISMAN


Program ini merupakan salah satu program anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama UKM RC yang akan dijalankan pada 25 September 2011. Program ini akan dilangsungkan selama 2 jam bermula pada jam 5 petang hingga jam 7 petang di stadium utama UKM.

Dengan kerjasama Kelab RC UKM 

Pertunjukan akan dimulakan dengan perarakan membawa banner program menggunakan helikopter kawalan jauh yang akan diarak bermula daripada tapak Dataran Dewan Gemilang hinggalah ke lokasi pertunjukan iaitu Stadium Utama UKM. Pertunjukan akan diteruskan dengan pertunjukan kawalan juga aksi 3D Helikopter kawalan jauh oleh beginner , seterusnya oleh senior iaitu mereka yang lebih berpengalaman dalam melakukan aksi-aksi kawalan helikopter kawalan jauh yang lebih sukar dan kritikal. Disamping itu terdapat juga pameran dan  penerangan tentang  kemahiran pengendalian helikopter kawalan jauh wakil daripada Kelab RC UKM. 

Helikopter yang akan dipertontonkan oleh pengunjung bukanlah helikopter bersaiz kecik sebaliknya merupakan helikopter kawalan jauh yang bersaiz besar dan hanya mampu dikawal atau dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman sahaja.

Sekian terima kasih.





"FLYING FREEDOM"


SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI

Saturday, 30 July 2011

PESTA KONVOKESYEN KE 39 UKM
        Konvokesyen merupakan acara tahunan Universiti untuk meraihkan mereka yang telah tamat pengajian.  Bagi memeriahkan lagi suasana Graduation, satu Festival atau Pesta Konvokesyen akan dijalankan. Acara atau aktiviti ini dilaksanakan atas arahan JPPel UKM dan diserahkan kepada PMUKM untuk menjayakannya. Oleh itu, PMUKM menubuhkan SEKRETARIAT PESTA KONVOKESYEN yang terdiri daripada pelajar UKM sendiri untuk memastikan kejayaan Festival tersebut.
       
        Banyak program yang akan dijalankan semasa Pesta Konvokesyen ini. Salah satu program tersebut ialah program-program sukan. Program sukan ini menglibatkan penglibatan masyarakat awam dengan masyarakat unversiti. Oleh itu wujudlah Sekretariat Sukan Dan Rekreasi Pesta Konvokesyen bagi. GEMPAKKAN  Pesta Konvokesyen Ke 39 UKM

           Bersesuian dengan tema "Apresiasi Melestari Kecemerlangan" diharapkan Pesta Konvokesyen pada kali ini mampu mengekalkan momentum kehebatannya dan mampu menimbulkan sejuta rasa penghargaan kepada abang-abang dan Kakak-kakak yang akan bergraduasi.

Cukup! bercoleteh tentang Pesta Konvokesyen Ke 39 UKM... lihat pula macam mana aktiviti sukan dan rekreasi pada kali ini...

Terdapat 9 aktiviti sukan yang akan dibawahkan khas untuk Universiti Kebangsaan Malaysia

1) UKM KONVO LE RUN MTB MINI JAMBOREE 2011
2) KONVO AUTOSHOW CAR
3) BOLA SEPAK 9 SEBELAH
4) BOLA JARING
5) SENAMROBIK
6) EXPLORACE
7) UKM AUTOMOTIVE EXPOSE
8) PERTUNJUKAN HELIKOPTER KAWALAN JAUH
9) BERSAMA SKUAD KELANTAN FA


TENTATIF PROGRAM SUKAN PESTA KONVOKESYEN KE-39


PRA-PESTA KONVOKESYEN
TARIKH
MASA
ATURCARA
TEMPAT
17.9.2011
(Sabtu)
8.00pg-4.00ptg
UKM KONVO MTB Mini Jamboree 2011
Sekitar UKM
PESTA KONVOKESYEN
TARIKH
MASA
ATURCARA
TEMPAT
24.9.2011
(Sabtu)
8.00pg-5.00ptg
Bola Sepak 9 sebelah
Padang Bola UKM
10.00pg-5.00ptg
Konvo Autoshow Cars
Lestari/PPS
25.9.2011
(Ahad)
8.00pg-5.00ptg
Sukan De Konvo:
Senamrobik

Bola Sepak 9 sebelah

Bola Jaring


Gelanggang Bola Tampar
Padang Bola UKM
Padang Bola Jaring UKM
8.00pg-5.00ptg
Taman Rekreasi:
Abseilling

Dewan Gemilang
8.00pg-1.00ptg
Explorace UKM
Sekitar UKM
2.00ptg-4.00ptg
UKM Automotive Expose
Pentas Utama
5.00ptg-7.00ptg
Pertunjukan Helikopter Kawalan Jauh
Stadium UKM
27.9.2011
(Selasa)
10.00pg-12.00tghr
Bersama Skuad Bola Sepak Kelantan FA
Pentas Utama


























Agak banyak juga aktiviti yang akan dijalankan, diharapkan semuanya bakal  mencipta sejarah dan kejayaan masing-masing.

Sekian Terima Kasih

Majulah Sukan Untuk UKM


BERSAMA THE RED WARRIORS

Friday, 29 July 2011

Merupakan aktiviti interaksi bersama peminat dengan atlet bola itu sendiri dan pertunjukkan aksi-aksi bola oleh atlet. Juga akan mengadakan sesi photografi dan autograph. Program ini akan dilangsungkan selama 2 jam. 


Antara aktiviti yang akan diadakan bersama Kelantan FA ialah
1) Demonstrasi Free Style
Pemain The Red Warriors akan melakukan skills dan tricks mereka dikhalayak penonton
2) Mini Soccer 3 by 3
Pengunjung yang bertuah akan mendapat peluang bermain bersama The Red Warriors 
3) Sidang Media
Pemain The Red Warriors akan mengadakan sidang media yang di sertai media rasmi Pesta  Konvo iaitu RTM
4) Sesi Bergambar
Semua Peminat The Red Warriors akan berpeluang untuk bergambar bersama idola mereka

                                 
PROGRAM INI DIJALANKAN DENGAN KERJASAMA






KONVO AUTO SHOW CAR



ANJURAN BERSAMA




PERINCIAN KONVO AUTO SHOW CAR

Pertandingan Konvo Auto Show Car dikategorikan kepada tiga iatu PERODUA MODIFIED , PROTON MODIFIED dan OPEN MODIFIED
Pelbagai hadiah menarik dan lumayan menanti pemenang-pemenang 
mengikut kategori yang dipertandingkan  
iatu berupa wang tunai, trofi, hamper dan sijil. 
Terdapat juga acara tambahan lain yang dipertandingkan. 
 Best Sticker Best Hello Kitty, Best Air Brush, Best Interior dan Best  BodykitBest VIP, Best JDM ,Best Loco, Best Ice Audio , Best Engine Bay 

Sekurang-kurangnya 50 unit kereta yang akan dipertandingkan 
dan dipamerkan  kepada pengunjung-pengunjung 
yang disertai oleh kelab kereta di sekitar Bandar Baru Bangi.

Pemilik-pemilik kenderaan digalakkan membawa trofi,majalah,sijil dan aksesori lain untuk dipamerkan kepada pengunjung-pengunjung. 
Dua orang juri khas akan dijemput bagi menilai setiap kategori yang dipertandingkan. 
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 bagi setiap peserta.

UKM KONVO LE RUN MTB MINI JAMBOREE 2011

Thursday, 28 July 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sukan Konvo....

Bersempena Pesta Konvokesyen ke-39 UKM, Sekretariat Sukan dan Rekreasi akan mengadakan pertandingan UKM Konvo Le RUN MTB Mini Jamboree 2011. MTB (Mountain Bike) atau dikenali sebagai "Dunia Basikal Lasak atau Basikat Bukit" akan diadakan pada 17 September 2011 di sekitar kawasan UKM. 

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pesta Konvokesyen ke-39 UKM dan Kelab Basikal UKM adalah dengan kerjasama Pusat Sukan UKM dan Persatuan Berbasikal Masters Malaysia. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di UKM ini merupakan aktiviti berbasikal mengelilingi  UKM dalam mempromosikan UKM sebagai pusat pengembangan ilmu dan pembentukan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai tambahnya yang tersendiri di samping memberi peluang kepada masyarakat luar melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 



Penyertaan adalah terbuka kepada semua tidak sahaja kepada warga UKM malahan kepada semua warga Malaysia yang berminat. Penyertaan telah dibuka dan boleh dibuat terus kepada pengarah program sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan. Bayaran yuran penyertaan sebanyak RM50 boleh dibayar melalui :
  

    1.   CIMB BANK - FATMAWATI ABDIN : 1215-000-5808200.

    2.   MAYBANK - FATMAWATI ABDIN : 162263459810.

Sila simpan slip bank dan fax slip tersebut ke 03-89213240.

Untuk maklumat lanjut, sila klik http://konvojamboree.blogspot.com/ .

                            " Jelajah Bersama UKM "