PERTUNJUKAN HELIKOPTER KAWALAN JAUH

Sunday 31 July 2011




25 SEPTEMBER 2011
5.00 PTG - 7.00 PTG
STADIUM UKM
PIC : DALILA BINTI MISMAN


Program ini merupakan salah satu program anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama UKM RC yang akan dijalankan pada 25 September 2011. Program ini akan dilangsungkan selama 2 jam bermula pada jam 5 petang hingga jam 7 petang di stadium utama UKM.

Dengan kerjasama Kelab RC UKM 

Pertunjukan akan dimulakan dengan perarakan membawa banner program menggunakan helikopter kawalan jauh yang akan diarak bermula daripada tapak Dataran Dewan Gemilang hinggalah ke lokasi pertunjukan iaitu Stadium Utama UKM. Pertunjukan akan diteruskan dengan pertunjukan kawalan juga aksi 3D Helikopter kawalan jauh oleh beginner , seterusnya oleh senior iaitu mereka yang lebih berpengalaman dalam melakukan aksi-aksi kawalan helikopter kawalan jauh yang lebih sukar dan kritikal. Disamping itu terdapat juga pameran dan  penerangan tentang  kemahiran pengendalian helikopter kawalan jauh wakil daripada Kelab RC UKM. 

Helikopter yang akan dipertontonkan oleh pengunjung bukanlah helikopter bersaiz kecik sebaliknya merupakan helikopter kawalan jauh yang bersaiz besar dan hanya mampu dikawal atau dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman sahaja.

Sekian terima kasih.





"FLYING FREEDOM"


1 comments:

SyU`Aib said...

salam admin, ada lagi ke team untuk buat pertunjukan ini?

Post a Comment